بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Maulidur Rasul 1436H / 2015M.
Tanggal 12 Rabiulawal merupakan tarikh lahir junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Maulid Nabi SAW yang disambut setiap tahun oleh kaum Muslimin seluruh dunia pada alaf ini adalah satu bentuk pengagungan dan tanda kecintaan serta penghormatan seluruh umat terhadap Nabi Muhammad SAW.
BIODATA RASULULLAH SAW
v Nama : Muhammad bin Abdullah bin
Abdul Muttalib bin Hashim.
v Tarikh lahir : Subuh hari Isnin,
12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571 Masehi
(dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena
peristiwa tentera bergajah Abrahah
yang menyerang kota Kaabah).
v Tempat lahir : Di rumah Abu
Talib, Makkah Al-Mukarramah.
v Nama bapa : Abdullah bin Abdul
Muttalib bin Hashim.
v Nama ibu : Aminah binti Wahab bin
Abdul Manaf.
v Pengasuh pertama : Barakah
Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW).
v Ibu susu pertama : Thuwaibah
(hamba perempuan Abu Lahab).
v Ibu susu kedua : Halimah binti
Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.
Suaminya bernama Abu
Kabsyah).
USIA 5
TAHUN
Peristiwa pembelahan dada
Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian
syaitan yang wujud di dalam hatinya.
USIA 6
TAHUN
Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa
sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa ' (sebuah kampung yang terletak di antara
Makkah dan Madinah). Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa
Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.
USIA 8
TAHUN
Datuknya, Abdul Muttalib pula
meninggal dunia. Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9
TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
Bersama bapa saudaranya, Abu
Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan. · Di kota Busra, negeri
Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu
ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan
bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20
TAHUN
Terlibat dalam peperangan Fijar .
Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' , jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada
ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai
peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah
sahaja. Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk
memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.
USIA 25
TAHUN
Bermusafir kali kedua ke Syam
atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah. Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain
pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah
yang berusia 40 tahun ketika itu. Mas kahwin baginda kepada Khadijah
adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35
TAHUN
Banjir besar melanda Makkah dan
meruntuhkan dinding Kaabah. Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh
pembesar-pembesar dan penduduk Makkah. Rasulullah SAW diberi kemuliaan
untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke tempat asal dan sekaligus meredakan
pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40
TAHUN
Menerima wahyu di gua Hira '
sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53
TAHUN
Berhijrah ke Madinah
Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63
TAHUN
Kewafatan Rasulullah SAW di
Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632
Masihi.
ISTERI-ISTERI
RASULULLAH SAW
·
Khadijah
Binti Khuwailid.
·
Saudah
Binti Zam'ah.
·
Aisyah
Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
·
Hafsah
binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
·
Ummi
Habibah Binti Abu Sufyan.
·
Hindun
Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
·
Zainab
Binti Jahsy.
·
Maimunah
Binti Harith.
·
Safiyah
Binti Huyai bin Akhtab.
·
Zainab
Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).
ANAK-ANAK
RASULULLAH SAW
1.
Qasim
2.
Abdullah
3.
Ibrahim
4.
Zainab
5.
Ruqaiyah
6.
Ummi
Kalthum
7.
Fatimah
Al-Zahra '
ANAK TIRI
RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin
Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA
SESUSU RASULULLAH SAW
IBU
SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1.
Thuwaibah
2.
Hamzah
3.
Abu
Salamah Abdullah bin Abdul Asad
SAUDARA
SUSUAN
1.
Halimah
Al-Saidiyyah
2.
Abu
Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
3.
Abdullah
bin Harith bin Abdul ' Uzza
4.
Syaima '
binti Harith bin Abdul ' Uzza
5.
' Aisyah
binti Harith bin abdul ' Uzza
BAPA DAN
IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK
KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1.
Al-Harith
2.
Muqawwam
3.
Zubair
4.
Hamzah
***
5.
Al-Abbas
***
6.
Abu Talib
7.
Abu Lahab
(nama asalnya Abdul Uzza)
8.
Abdul Ka
' bah
9.
Hijl
10.
Dhirar
11.
Umaimah
12.
Al-Bidha
(Ummu Hakim)
13.
Atiqah ##
14.
Arwa ##
15.
Umaimah
16.
Barrah
17.
Safiyah
(ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***
*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat
tentang Islamnya.
Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan
sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang
mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga." (Riwayat
Al-Sajary daripada Anas )
Nabi Muhammad SAW - Manusia Agong
KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W.
SECARA LAHIRIAH. Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan
seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda
lantas melafazkan keIslaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan
oleh Baginda.
Di antara kata-kata / pandangan para sahabat terhadap baginda ialah:
§ Aku belum
pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
§ Aku
melihat cahaya dari lidahnya.
§ Seandainya
kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari terbit.
§ Rasulullah
jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
§ Rasulullah
umpama matahari yang bersinar.
§ Aku belum
pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
§ Apabila
Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
§ Kali
pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
§ Wajahnya
tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
§ Wajahnya
seperti bulan purnama.
§ Dahi
baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
§ Urat
darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
§ Mata
baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
§ Garis-garis
merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
§ Hidungnya
agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
§ Mulut
baginda sederhana luas dan cantik.
§ Giginya
kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
§ Apabila
berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
§ Janggutnya
penuh dan tebal menawan.
§ Lehernya
kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
§ Warna
lehernya putih seperti perak, sangat indah.
§ Kepalanya
besar tapi terlalu elok bentuknya.
§ Rambutnya
sedikit ikal.
§ Rambutnya
tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir
rapi.
§ Rambutnya
terbelah di tengah.
§ Di
tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke
pusat.
§ Dadanya
bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd
biasa.
§ Seimbang
antara kedua bahunya.
§ Pergelangan
tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn
cantik.
§ Tapak
tangannya bagaikan sutera yang lembut.
§ Perut
betisnya tidak lembut tetapi cantik.
§ Kakinya
berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
§ Terlalu
sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
§ Warna
kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
§ Warna
putihnya lebih banyak.
§ Warna
kulit baginda putih kemerah-merahan.
§ Warna
kulitnya putih tapi sihat.
جَزَاكُمُ اللهُ خَيْرًا كَثِيْرًا وَجَزَاكُمُ اللهُ اَحْسَنَ الْجَزَاء
Jazakumullah Khairan Katsiran Wa Jazakumullah Ahsanal Jaza’
“Semoga Allah SWT akan membalas dirimu dengan kebaikan yang banyak dan semoga Allah SWT akan membalas dengan balasan yang terbaik.”
Credit : relakssminda.blogspot.com
www.islam2u.net
www.islam.gov.my