Bismillah

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Merokok Dari Pandangan Islam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Mereka itu (orang beriman yang jiwanya dibeli oleh Allah)..

adalah orang-orang yang bertaubat, beribadat, memuji (Allah), mengembara (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, menyuruh berbuat makruf dan mencegah berbuat mungkar dan memelihara hukum-hukum Allah.. .. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman. (Surah Taubat, 9:112)

Jom Solat Jemaah

"Anak Muda : Jom Solat Jemaah di Masjid"

Anda ingin tahu Fatwa semasa

“Memerlukan Khidmat Nasihat berhubung Agama ? Layari http://www.muftiwp.gov.my/ekemusykilan/ ”

Selamat Datang ke Madrasah Islamiah HKL.

Selamat Datang diucapkan dan terima kasih kerana telah mengunjungi laman sesawang rasmi Madrasah Islamiah, Hospital Kuala Lumpur.Pihak kami berharap dengan kewujudan laman sesawang ini akan dapat memberi kemudahan kepada umum bagi mendapatkan informasi terkini tentang hal-hal berkaitan masjid, jadual-jadual, kursus, berita terkini dan juga aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan. Jika anda mempunyai sebarang cadangan atau aduan tentang hal-hal yang berkaitan, sila ajukan kepada kami melalui emel kami di islamiah.hkl@gmail.comatau melalui laman sesawang sosial Facebook kami di www.facebook.com.

Saturday, November 15, 2014

Hubungi Kami

Selamat Datang : Madrasah Islamiah Hospital Kuala Lumpur (HKL)


Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, silalah berhubung terus dengan mana-mana Jawatankuasa Madrasah Islamiah HKL. Anda juga boleh menghubungi kami melalui e-mel dengan alamat e-mel Madrasah Islamiah HKL di capaian islamiah.hkl@gmail.com. 

Untuk urusan berkaitan dengan pejabat, sila berhubung Pegawai bertugas di Pejabat Masjid. 


Ahli kariah boleh membuat temu-janji dengan mana-mana pegawai masjid (Pengerusi, Imam-imam, bilal-bilal dan Siak) sekiranya ada sesuatu perkara penting untuk dimaklumkan. Dalam waktu yang sama, anak-anak kariah bebas untuk menghubungi Pengerusi dan AJK Biro yang berkaitan untuk sebarang bantuan. 




Pengenalan

MADRASAH ISLAMIAH HKL



Dikenali sebagai Masjid As Syifa sebelum ini, terletak bertentangan dengan Klinik Pesakit Luar (OPD). Masjid ini telah dibuka pada tahun 1975 dan dirasmikan pada tahun 1976. Masjid ini terbuka kepada umum, yang merangkumi kakitangan HKL dan orang ramai.

Madrasah Islamiah HKL yang dahulunya terbuka kepada orang ramai sepanjang masa, telah dihadkan waktu penggunaannya, iaitu dibuka pada waktu subuh dan ditutup selepas waktu isyak. Perubahan ini adalah disebabkan berlakunya kes kecurian di dalam masjid.


Kegiatan-kegiatan yang sering dianjurkan oleh pihak masjid termasuklah :

  • Qiamulai
  • Tazkirah & Ceramah berbentuk agama dan motivasi
  • Bacaan Quran
  • Tadarrus Al-Quran Ramadhan
  • Kursus Pengurusan Jenazah
  • Kursus Penyembelihan
  • Kursus Penghayatan Islam
  • Seminar Syariah & Kekeluargaan Islam
  • Kursus Ibadah Pesakit
  • Kem Bijak Solat
  • Kem Bina Insan